NURUL NAJIHAH


Adik........ayah dan mak doakan adik berjaya dalam pelajaran. Jangan asik tengok TV. Bangun pagi dan rajin-rajin solat. Jangan suka merajuk.

MUHAMAD SYAFIQ



Muhamad Syafiq, sekarang tingkatan 1. Belajar rajin-rajin. Ayah dan mak selalu mendoakan Syafiq berjaya dalam persekolahan. Tahniah kerana menjadi johan 'keceriaan dorm' dan mendapat hadiah melancong ke Singapura bersama kawan-kawan.

MOHD FITRI


Mohd Fitri.......yang lahir pada malam hari raya puasa. Tahun hadapan S.P.M. ayah dan mak berharap awak belajar rajin-rajin. Masa depan terletak di tangan awak sendiri. Ayah dan mak doakan agar awak selalu sihat. Bakal pengawas SMKA Muar, awak kena jaga dan tun jukkan contoh yang baik kepada adik.

KHAIRUL ANWAR



Sebagai mahasiswa, awak perlu tau tanggungjawab sebagai pelajar. Jangan leka dengan handset dan keseronokan di persekitaran. Ingat.......masa depan kita terletak di tangan kita sendiri. Menyesal kemudian tidak berguna....... ayah doakan Nuar berjaya mengejar cita-cita!!


MOHD ARIFUDIN




Awak dah tamat pengajian di Universiti..................sebagai seorang siswazah mesti berfikiran terbuka dan matang.............ayah doakan agar awak dapat pekerjaan yang baik. Jadi cikgu macam ayah dan mak nak tak?

KAK NGAH


Tahun depan Kak Ngah akan menjadi seorang isteri....... jadilah isteri yang taat dan hormat kepada kepada suami. Terima kasih kerana beri 'angpau'. Tahun depan ada lagi ke....?

BERMAAFAN




Saya pun gitu juge.....apa-apa kesalahan saya mohon maaf.
Marilah kita menjadi ibu bapa yang baik dan sempurna kepada anak-anak kita.